Seminar Kebangsaan Pengajian Am (SKPA) 2022 adalah seminar peringkat kebangsaan pertama yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI), Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penganjuran persidangan bersama ini adalah penting kerana Pengajian Am, Pedagogi dan bidang Sains Sosial merupakan asas yang berperanan dalam menyumbang kepada memperkukuhkan keinsanan supaya selari dengan kemajuan masyarakat dalam sesebuah negara, khususnya dalam membentuk masyarakat yang ideal. Perkembangan bidang Pendidikan dan Sains Sosial yang sangat pantas di era Revolusi Industri 4.0 ini menuntut pelajar, guru, akademia dan penyelidik sentiasa ke hadapan dalam menguasai ilmu tersebut yang mana ianya hanya boleh dicapai melalui penerokaan ilmu, penyelidikan dan inovasi yang dijalankan.
Persidangan maya ini menampilkan berbilang sesi termasuk pembentangan ucaptama, sesi selari, pertandingan inovasi dan peluang rangkaian. Peserta boleh menghantar abstrak untuk pembentangan mengikut tema seperti yang disenaraikan dibawah. Sub tema lain yang berkaitan dengan Pengajian Am seperti kertas konsep, metodologi dan kertas polisi turut dialukan.
SKPA 2022 juga merancang untuk menerbitkan artikel yang dibentang dalam persidangan ini dalam prosiding berindeks dan jurnal berwasit (Jurnal Perspektif, Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education & EDUCATUM Journal of Social Science) supaya boleh dijadikan bahan rujukan.
Sehingga berjumpa di SKPA 2022!
Tema Seminar Kebangsaan Pengajian Am 2022
TEMA UMUM
Pedagogi
Pentaksiran
Pembelajaran Digital
Pendidikan Guru
Kurikulum
Polisi
Isu/ Masalah Semasa
Warganegara Baik dan Bertanggungjawab
Pengajian Am dalam Membentuk Keinsanan
Pembangunan Bahan Pengajaran dan Inovasi
SLOT KHAS (STPM) PENGAJIAN AM
(GURU &PELAJAR)
Teknik Skor Menjawab Soalan (Semester 1)
Teknik Skor Menjawab Soalan (Semester 2)
Teknik Skor Menjawab Soalan (Semester 3)
Kaedah Mengajar Berkesan
Objektif Seminar
Menyediakan platform perbincangan intelektual antara guru, ahli akademik, penyelidik, professional, pembuat dasar dan pelajar dalam Pengajian Am, Pedagogi dan bidang sains sosial.
Memudahkan pembelajaran dan jaringan di antara peserta dalam persekitaran yang menarik.
Meneroka idea, trend, penyelesaian kreatif dan inovasi dalam bidang berkaitan secara berterusan.
Mengemas kini industri dengan kajian empirik terkini.