SEMINAR KEBANGSAAN PENGAJIAN AM 2022
Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, dengan kerjasama Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI), Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menganjurkan seminar secara maya selama dua hari sebagai platform perkongsian idea mengenai penyelidikan dan inovasi terkini antara para penyelidik, guru, ahli akademik, pembuat dasar dan pelajar. Ini adalah kali pertama ketiga-tiga badan ini bergabung untuk menjadi tuan rumah bersama dalam satu acara yang akan memberi peluang kepada cendekiawan dari pelbagai bidang untuk refleks dan menjana idea mewujudkan keamanan dan keharmonian yang mampan untuk manusia serta mengukuhkan lagi keinsanan merentasi era digital kini